Kereta api penumpang rempuh lori sawit di Kampung Pisang

Kereta api penumpang rempuh lori sawit di Kampung Pisang Jerantut

SEBUAH lori muatan sawit dilanggar sebuah kereta api di Kilometer 167.8 landasan kereta api Jerantut-Kuala Krau berdekatan Kampung Pisang di Jerantut semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Sebuah keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) DMU 04 yang membawa 10 penumpang itu dalam perjalanan dari Jerantut ke Gemas, Negeri Sembilan merempuh sebuah lori muatan sawit petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kamis berkata, kejadian itu berlaku di Kilometer 167.8 landasan kereta api Jerantut-Kuala Krau berdekatan Kampung Pisang kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian tiba-tiba sebuah lori jenis Toyota melintas dari kiri menghala ke kanan landasan kereta api sehingga menyebabkan berlaku perlanggaran.

“Akibat kemalangan ini, pemandu lokomotif yang berusia 35 tahun dan pembantunya berumur 26 tahun mengalami kecederaan ringan manakala semua penumpang kereta api tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada media di sini

Menurut Azman, pemandu lori tidak dapat dikesan di tempat kejadian dan dipercayai telah melarikan diri.

Tambahnya, kereta api tersebut pecah cermin hadapan dan calar bahagian kanan manakala hampir keseluruhan bahagian lori tersebut remuk.

Menurutnya, ironisnya kejadian itu selang sehari selepas kejadian kereta api merempuh kawanan lembu yang dilaporkan berlaku di daerah Bera.

Sementara itu penduduk Kampung Pisang yang mahu dikenali sebagai Mawardi, 50-an, berkata, ketika kejadian, dia sedang membantu memasang khemah persiapan majlis perkahwinan saudaranya sebelum tiba-tiba terdengar teriakan seorang rakannya.

“Kami berkejar ke tempat kejadian yang terletak kira-kira satu kilometer dan mendapati lori tersebut tersadai di tepi landasan kereta api dengan keadaan bahagian hadapan lori mengalami kerosakan teruk.

“Tandan kelapa sawit muatan lori berkenaan berselerakan di atas landasan kereta api dan beberapa orang penduduk membantu mengalihkan tandan sawit berkenaan daripada atas landasan,”ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya