Kerajaan Melaka teruskan inisiatif ambulans percuma, termasuk ke

Kerajaan Melaka teruskan inisiatif ambulans percuma, termasuk ke IJN

TEMU janji dan tempahan ambulans hendaklah diutamakan kepada pesakit kritikal yang lebih memerlukan, sekiranya tiada kekosongan pada sesuatu tarikh. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri meluluskan cadangan meneruskan perkhidmatan ambulans percuma di kesemua 28 Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) di Melaka.

Melalui satu surat dikeluarkan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri bertarikh 9 November 2023 dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem, ia menyatakan perkhidmatan itu turut merangkumi temu janji di hospital atau klinik kerajaan di sempadan negeri iaitu Negeri Sembilan dan Johor.

Katanya, temu janji di luar Melaka melibatkan Institut Jantung Negara (IJN); Institut Kanser Negera (IKN); Hospital Serdang, Selangor dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) turut dimasukkan dalam kelulusan yang bermula dari 14 November 2023 hingga 31 Disember 2024.

Mohd. Noor Helmy berkata, perkhidmatan itu ditawarkan secara percuma berdasarkan syarat-syarat kelayakan ditetapkan.

MOHD. NOOR HELMY ABDUL HALEM 

“Terima kasih Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh kerana meneruskan perkhidmatan ambulans percuma untuk rawatan susulan orang Melaka.

“Yang lagi bagus, kini sudah tambah perkhidmatan ke lokasi luar Melaka seperti ke IJN; IKN; HKL; Hospital Tampin, Negeri Sembilan dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor,” katanya di sini, hari ini.

Antara syarat kelayakan ditetapkan adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia yang bermastautin di Melaka dengan pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah.

Selain itu, temu janji dan tempahan ambulans hendaklah diutamakan kepada pesakit kritikal yang lebih memerlukan, sekiranya tiada kekosongan pada sesuatu tarikh.

Pembayaran kepada penyedia perkhidmatan akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya