Kenyataan jelik terhadap PM, pekerja kilang ditahan

Kenyataan jelik terhadap PM, pekerja kilang ditahan

WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang pekerja kilang yang sebelum ini tular kerana mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk, Seri Anwar Ibrahim akhirnya ditahan polis malam tadi.

Mengesahkan tangkapan itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek lelaki berusia 43 tahun beralamat di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, itu ditahan pukul 9.30 malam di Melaka semalam.

Beliau berkata, suspek kini direman selama dua hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, seorang pemilik akaun X memaparkan dakwaan tentang seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang melontarkan komen jelik terhadap Perdana Menteri menerusi tangkap layar aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, Wan Kamarul Azran semalam menafikan dakwaan itu dan mengesahkan suspek bukan anggota polis IPD Sepang.

Ia dibuktikan menerusi semakan menerusi sistem laporan polis bersepadu (i-PRS) dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) mendapati penama bukan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN