Kenaikan harga beras putih galak pesawah tingkat pengeluaran

Kenaikan harga beras putih galak pesawah tingkat pengeluaran

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kajian semula harga siling beras putih tempatan (BPT) berupaya menggalakkan para pesawah untuk menggandakan usaha mereka bagi meningkatkan pengeluaran dan kualiti.

Pengerusi Pertubuhan Peniaga-Peniaga Beras Kedah, Tan Swee Huat berkata, langkah tersebut juga diyakini dapat meningkatkan pendapatan mereka selaras kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Menurutnya, ia juga tidak akan memerah margin kentungan industri beras putih yang mengakibatkan pengusaha tidak mampu untuk menanggung beban kos pengeluaran dan pembungkusan.

“Mereka juga tidak berupaya untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran yang telah menyebabkan masalah kekurangan BPT seperti terjadi pada September lalu.

“Maka kami menyokong penuh pandangan Ketua Pengarah Kawalselia Padi Dan Beras (KPB), Datuk Azman Mahmood, bahawa harga siling BPT wajar dinaikkan kepada RM3.20 sekilogram bagi menjaga masa depan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahad lalu, kerajaan mengumumkan akan meneliti syor agar harga siling BPT dinaikkan bagi menjaga masa depan semua pihak dalam rantaian pengeluaran bahan makanan itu, terutama pesawah.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, syor itu akan dibincangkan kementeriannya bersama-sama Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.

Ia susulan KPB mendapati harga siling BPT RM2.60 sekilogram ketika ini menyebabkan berlakunya longgokan padi tempatan berikutan pengilang tidak lagi berminat meneruskan pembelian beras kerana harga yang rendah.

Sementara itu, Swee Huat berkata, cadangan tersebut diharap dapat dipertimbangkan kerajaan dan dilaksanakan secepat mungkin.

“Polisi yang telah mengikat harga siling BPT selama lebih 15 tahun sejak 2008 harus diselaraskan semula bagi menyelesaikan kesusahan semasa pesawah, pemborong, penjual beras dan pengguna.

“Hanya dengan mengkaji semula dengan cepat kita dapat mengatasi masalah yang timbul terhadap pasaran beras putih semasa, dan juga boleh mencapai situasi menang-menang untuk semua pihak,” katanya.

Beliau pada masa meminta Mohamad agar dapat melaporkan keadaan sebenar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melaksanakan peraturan baru penyelarasan harga siling BPT secepat mungkin. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya