Kemudahan autisme diharap dapat diaplikasikan di Pusat Autisme A-Heart - Utusan Malaysia

Kemudahan autisme diharap dapat diaplikasikan di Pusat Autisme A-Heart

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail diraikan dalam satu majlis santapan tengahari yang dihoskan oleh Yunnan Overseas Chinese Chamber Of Commerce di Kunming, China.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diraikan dalam satu majlis santapan tengahari yang dihoskan oleh Yunnan Overseas Chinese Chamber Of Commerce di Kunming, China.

Keberangkatan baginda disambut oleh pengerusinya yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Yunnan SkyCity Property Group Company Limited, Yin Yuanjiang dan Naib Presidennya, Zhang Xiaoli.

Yunnan Overseas Chinese Chamber Of Commerce melalui ahli-ahlinya terlibat dalam pelbagai industri seperti teknologi maklumat, perkhidmatan dan teknologi, pembuatan, pertanian, pelancongan dan kebudayaan, hotel, industri teh, kopi dan makanan, internet, perubatan pemulihan, perdagangan antarabangsa, dan pembangunan hartanah, meliputi semua sektor ekonomi swasta.

Terdahulu, baginda turut melapangkan waktu berkenan melawat LIH SkyCity Rehabilitation Hospital yang beroperasi di bangunan yang sama.

Pengarah Urusan LIH SkyCity Rehabilitation Hospital, Dr Tian Shen dan Pakar Psikologi, Shum Pei San mempersembah maklum kepada baginda dengan lebih lanjut mengenai urusan seharian hospital swasta berkenaan.

Hospital ini menyediakan pelbagai perkhidmatan berkualiti tinggi termasuklah dalam Pemulihan Neurologi, Pemulihan Ortopedik, Pemulihan Geriatrik, Pengurusan Kesakitan, Pemulihan Pediatrik dan Terapi Autisme.

Baginda tertarik dengan beberapa kemudahan yang disediakan untuk autisme dan berharap agar beberapa daripadanya dapat cuba diaplikasikan di Pusat Autisme A-Heart Perlis apabila ianya dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kelak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya