KDN tahan 8 naskhah buku disyaki ada unsur komunisme

KDN tahan 8 naskhah buku disyaki ada unsur komunisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan lapan naskhah buku yang disyaki mengandungi unsur komunisme.

KDN dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu bagi menjalankan kajian lanjut kerana disyaki mengandungi elemen-elemen hasil penerbitan tidak diiingini berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP).

Katanya, pihaknya melalui Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan menerima maklumat berkaitan penjualan buku itu dan melakukan pemeriksaan di Gerak Budaya Enterprise, Petaling Jaya, Selangor.

“Tindakan penahanan penerbitan berkenaan dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 18 AMCP 1984 yang membolehkan penguat kuasa KDN menahan apa-apa hasil penerbitan yang disyaki menyalahi undang-undang untuk tujuan kajian lanjut.

“KDN komited menjalankan tanggungjawab mengawal selia penerbitan di dalam negara khususnya penerbitan yang disyaki mengandungi elemen-elemen yang mengganggu gugat ketenteraman awam.

“(Ini termasuk elemen) kemoralan, keselamatan, menggemparkan pemikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara selaras dengan perundangan yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KDN meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan hasil penerbitan tidak diingini dengan menghubungi talian 03-8000 8000 / 8889 3145, emel [email protected] atau melalui laman web www.moha.gov.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya