Kawal isu dalam digitalisasi, kemanusian elak cetus kecacauan - Utusan Malaysia

Kawal isu dalam digitalisasi, kemanusian elak cetus kecacauan

Digitalisasi kemanusiaan
MAHASISWA FKPM UiTM dan UPI mengadakan pertemuan dalam Sidang Meja Bulat Antarabangsa di UiTM Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Amalan digitalisasi dan kemanusiaan dalam kalangan negara-negara ASEAN perlu ditangani dengan bijak dan berkesan bagi mengelaknya daripada mencetuskan ketidaktenteraman di rantau ini.

Malah, kemudahan teknologi itu serta kepesatan dalam pembangunannya dan isu kemanusiaan perlu menjadi manfaat dalam mengeratkan hubungan antara negara-negara serantau.

Hal tersebut menjadi kesepakatan dicapai dalam resolusi menerusi pertemuan mahasiswa komunikasi dan media antara Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Pendidikan Indonesia (UPI) dalam Sidang Meja Bulat Antarabangsa di antara kedua-dua universiti itu.

Nurul Izzah Khalid yang mewakili FKPM dan UPI, Trifosa Aviana Christi dalam satu kenyataan masing-masing menyatakan kesepakatan isu digitalisasi dan kemanusiaan di kalangan negara ASEAN perlu ditangani dengan tuntas dan bijak termasuklah kerajaan di rantau ini.

“Dalam resolusi yang terhasil daripada perbincangan secara kritis wakil mahasiswa kedua-dua institusi itu mengharapkan agar situasi yang tercetus dalam dunia digital dapat dikawal dengan bijak sekalipun menyedari kepentingan digitalisasi masa kini

“tanpa kawalan yang sewajarnya boleh menimbulkan suasana yang tidak tenteram di kalangan negara serantau namun kepesatan digitalisasi juga mampu dijadikan alat untuk mengeratkan lagi hubungan sesama negara dalam ASEAN,” katanya.

Dalam pada itu, selain digitalisasi, pertemuan mahasiswa kedua-dua universiti itu turut menekankan resolusi berkenaan masalah kesihatan mental dan hubungan persekitaran yang melibatkan mereka di rantau ini.

“Isu kesihatan mental di kalangan anak-anak muda bukan lagi ibarat satu bom jangka namun isu yang semakin serius ini perlu diberikan perhatian serius dan semua pihak khususnya mahasiswa sendiri harus berperanan dalam menangani isu sebegini,” jelasnya.

Sementara itu, Dekan FKPM, Prof. Madya Dr. Abd. Rasid Abd. Rahman memberitahu, perbincangan tersebut disifatkan sebagai positif dalam berupaya membentuk mahasiswa yang berdaya kritikal.

“Mahasiswa merupakan pemimpin masa hadapan dan pandangan mereka perlu diberikan perhatian yang sebaik mungkin supaya mereka mampu menjadi pemimpin yang benar-benar berkaliber pada masa depan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya