Kanak-kanak dua tahun nyanyi lagu Lemak Manis curi perhatian

Kanak-kanak dua tahun nyanyi lagu Lemak Manis curi perhatian warganet

TANGKAP layar daripada media sosial mengenai seorang kanak-kanak menyanyi lagu Lemak Manis di sebuah majlis baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Video yang memaparkan keletah seorang kanak-kanak berusia dua tahun menyanyikan lagu tradisional, Lemak Manis di sebuah majlis mencuit perhatian warganet apabila ia tular dalam media sosial.

Rakaman video itu dikongsi melalui aplikasi TikTok dengan memaparkan kanak-kanak tersebut teruja dan tidak gementar dengan kehadiran tetamu pada majlis itu.

Kanak-kanak berkenaan memulakan nyanyiannya dengan mengikut irama dan melodi lagu tersebut.

Rata-rata ahli keluarga dan saudara mata yang hadir turut terhibur dengan persembahan nyanyian dari kanak-kanak itu.

Menjengah ke ruangan komen, warganet menyatakan rasa kagum terhadap kebolehan nyanyian kanak-kanak comel tersebut.

“Dua tahun dah boleh hafal lagu lemak manis, cerdik sangat.” komen Wanjaa Yusup.

“Anak siapalah ni pandainya ikut irama dan lenggoknya kena dengan tempo musik,” tambah Snanor Cafe.

Video berkenaan sudah tular di TikTok dan menerima sebanyak 2.5 juta tontonan, 162,600 tanda suka dan 6,588 komen.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya