Kakitangan MYAirline diminta tampil fail tuntutan baki gaji di JTK

Kakitangan MYAirline diminta tampil fail tuntutan baki gaji di JTK

REPUTASI MYAirline terjejas teruk selepas menggantung operasi serta-merta pada 12 Oktober lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyeru semua kakitangan MyAirline yang terjejas berikutan penggantungan operasi pada 12 Oktober lalu tampil memfailkan tuntutan baki gaji mereka di pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berhampiran dengan kadar segera.

KSM dalam kenyataan memaklumkna, prosedur ini adalah perlu bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil selaras dengan perundangan sedia ada.

Katanya, KSM mengadakan pertemuan dengan mereka yang terlibat pada 16 hingga 31 Oktober lalu dengan 123 orang pekerja memfailkan tuntutan baki gaji mereka di JTK terhadap syarikat penerbangan tersebut.

“KSM prihatin akan situasi yang dihadapi kakitangan di bawah penerbangan MYAirline.

“KSM bersama JTK akan sentiasa memantau dan memastikan kebajikan para pekerja syarikat penerbangan ini sentiasa terjaga dan terbela,” katanya hari ini.

Pada 12 Oktober lalu, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa serta merta sehingga suatu tarikh yang diberitahu kelak.

Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu berkata, keputusan penggantungan tersebut dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MACVOM) menegaskan operasi syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik kepada pengguna yang terkesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya