Kadar rata RM10 untuk semua kompaun MBSJ hingga 31 Dis.

Kadar rata RM10 untuk semua kompaun MBSJ hingga 31 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)  memberikan tawaran kadar diskaun istimewa kepada semua kompaun kesalahan lalu lintas MBSJ melalui Kempen Pembayaran Kompaun ‘FLAT RATE’.

Kempen yang bermula pada 1 Oktober 2023 ini akan bakal berakhir pada 31 Disember 2023.

Kadar tawaran bagi Kempen Pembayaran Kompaun ‘FLAT RATE’ yang diberikan adalah RM10 bagi setiap kesalahan trafik sepanjang tempoh kempen.

Sehubungan dengan itu, objektif bagi Kempen Pembayaran Kompaun ‘FLAT RATE’ ini adalah memberi peluang dan menggalakkan kepada pesalah trafik untuk menyelesaikan kompaun
tertunggak mereka sebelum tindakan lebih tegas dikenakan terhadap mereka.

Selain itu ia juga memberi peluang kepada pesalah trafik untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan penawaran kadar lebih rendah iaitu mengikut kadar promosi di samping mendidik Masyarakat dan individu agar lebih bertanggungjawab dalam setiap kesalahan yang dilakukan serta tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Kadar ‘Flat Rate’ adalah untuk semua kesalahan trafik kecuali kesalahan Di Bawah Perintah 2, Perintah Pengangkutan Jalan:
● Kesalahan pemanduan kenderaan berat pada waktu dan kawasan terlarang.
● Tindakan tunda kenderaan.
● Tindakan ke atas kenderaan buruk atau terbiar.
● Kesalahan Penyalahgunaan petak letak kereta khas bagi Orang Kurang Upaya (OKU).
● Halangan tempat letak kereta (contoh: kerusi meja diletakkan di tempat letak kereta atau
kenderaan berat yang menghalang tempat letak kereta).
● Kesalahan berniaga di tempat letak kereta (contoh ‘Food truck’).
● Kesalahan membaiki atau mencuci kenderaan di tempat letak kereta dan meletakkan
kenderaan bukan ditempat letak kereta.

Untuk keselesaan dan kemudahan kepada masyarakat dan penduduk, pihak MBSJ mengalakkan pesalah trafik untuk membuat semakan dan bayaran secara online melalui aplikasi EZYPAY MBSJ.

Lain-lain cara pembayaran adalah seperti berikut:

  1. Mesin Pembayaran Kiosk
  2. Ibu Pejabat MBSJ (USJ 5, Subang Jaya)
  3. Pejabat Cawangan Puchong (Pusat Bandar Puteri)
  4. Sistem MPOS (Pembayaran menggunakan kad kreadit/ kad debit kepada anggota penguatkuasa MBSJ di lapangan)
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya