Jumlah mangsa banjir di Terengganu berbaki 40 orang - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Terengganu berbaki 40 orang

SEORANG mangsa banjir mengemas rumahnya yang dinaiki air dalam kejadian banjir di Taman Seri Intan, Kuala Besut, Besut, semalam. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu hanya berbaki 40 orang daripada 10 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Walaupun situasi banjir di Terengganu telah hampir pulih sepenuhnya, mereka tidak dibenarkan pulang kerana kawasan rumah masih digenangi air.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, satu-satunya PPS yang beroperasi di daerah Setiu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Rhu Sepuluh yang menempatkan sembilan mangsa daripada dua keluarga.

“Di Kuala Terengganu, hanya ada 25 mangsa banjir daripada enam keluarga yang berlindung di SK Atas Tol.

“Begitu juga di daerah Dungun, PPS tunggal yang masih beroperasi ialah di SK Tok Kah menempatkan enam mangsa daripada dua keluarga,” katanya.

Kesemua mangsa di tiga PPS itu hanya akan dibenarkan pulang setelah kawasan rumah mereka dipastikan selamat untuk didiami.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiada sungai yang melepasi paras bahaya setakat pukul 8 pagi ini.

Bagaimanapun, stesen bacaan Sungai Nerus di Kampung Bukit di daerah Setiu masih melepasi paras waspada iaitu 10.65 meter berbanding paras waspada 10.5 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya