JPJ Pulau Pinang sita 7 motosikal warga asing, keluar 118 saman - Utusan Malaysia

JPJ Pulau Pinang sita 7 motosikal warga asing, keluar 118 saman

JPJ Pulau Pinang menyita tujuh buah motosikal yang dinaiki warga asing selain mengeluarkan 118 saman atas pelbagai kesalahan dalam Ops Motosikal dan Ops PeWA berhampiran Jambatan Pulau Pinang, petang kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak tujuh buah motosikal yang dinaiki oleh warga asing disita dalam Ops Motosikal dan Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, kelmarin.

Jurucakap JPJ negeri berkata, operasi penguatkuasaan itu dijalankan selama dua jam setengah bermula pukul 4 petang berhampiran plaza tol Jambatan Pulau Pinang di sini dengan kekuatan 14 anggota.

Katanya, selain tindakan menyita, JPJ turut mengeluarkan sebanyak 118 notis saman dan teknikal atas pelbagai kesalahan dalam operasi tersebut.

JPJ Pulau Pinang menyita tujuh buah motosikal yang dinaiki warga asing selain mengeluarkan 118 saman atas pelbagai kesalahan dalam Ops Motosikal dan Ops PeWA berhampiran Jambatan Pulau Pinang, petang kelmarin.

Jelasnya, penguatkuasaan itu diadakan bertujuan memantau, mengesan serta mengambil tindakan terhadap ketidakpatuhan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

“Antara kesalahan tertinggi yang dikesan sepanjang operasi penguatkuasaan itu ialah tidak memiliki lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, operasi penguatkuasaan seperti itu akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.

Pada masa sama, ujarnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pemandu warga asing yang enggan mematuhi peraturan serta undang-undang yang ditetapkan semasa memandu di negara ini tanpa sebarang kompromi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya