Jonathan pertahan emas 100 meter

Jonathan pertahan emas 100 meter

JONATHAN Nyepa (tengah) melepasi garisan penamat untuk memenangi acara 100 meter lelaki akhir pada Kejohanan Varsiti Padang dan Trek Grand Final 2023 (VTF) di Arena Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet negara Jonathan Nyepa mempertahankan pingat emas acara pecut 100 meter pada Kejohanan Varsiti Padang dan Trek (VTF) Grand Final 2023, semalam walaupun gagal memperbaiki rekod kejohanan miliknya.

Walaupun terlepas peluang mengatasi catatan 10.51 saat (s) tahun ini, atlet berusia 27 tahun itu tetap berazam mahu memperbaiki catatan masa pada musim hadapan bagi menjamin tempat dalam kuartet 4x100m kebangsaan.

Jonathan yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) menamatkan larian dengan catatan 10.66s yang juga merupakan persembahan terakhir­nya dalam kejohanan itu kerana bakal menamatkan pengajian pada tahun hadapan.

“Sebenarnya sasaran saya mahu memecahkan rekod saya sendiri 10.51s dalam kejohanan ini, tetapi saya tetap bersyukur kerana menang pingat emas dan mempertahankan pingat ini untuk UPM.

“Musim ini terlalu panjang untuk saya, apabila kejohanan ini berlangsung pada hujung tahun, agak mencabar sikitlah. Sepatutnya sekarang ini masa untuk fokus pada tahun hadapan.

“Untuk tahun hadapan saya rancang mahu cipta rekod peribadi terbaik, selain mahu layak ke mana-mana kejohanan dan saya mahu kekal dalam program.

“Kalau ikut catatan, siapa yang lari terbaik dia yang akan terpilih tetapi jika ada pelari lain yang lebih baik, saya akan beri peluang,” katanya selepas perlumbaan.

Dalam perkembangan sama, seorang lagi atlet UPM, Azreen Nabila Alias turut memenangi pingat emas dalam acara 100m diamond wanita dengan catatan masa 12.37s

Olimpian negara itu turut meluahkan perasaan sama apabila kurang berpuas hati dengan rekod peribadinya itu kerana pernah mencipta catatan masa 11.70s.

Bagaimanapun, Azreen turut bersyukur kerana dapat menamatkan penyertaannya dalam kejohanan ini dengan pingat emas selepas tewas kepada Zaidatul Husniah Zulkifli pada musim lalu dengan meraih pingat perak.

“Berbanding tahun lepas dengan tahun ini, mungkin tahun lepas lebih ada ‘fight’ sebab ada Zaidatul. Jadi saya rasa lebih tercabar untuk bersaing.

“Tahun ini kurang ‘fight’ sebab Chelsea dia main 400m, Sarah pun dia main lompat bergalah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya