JKNS tumpas sindiket ubat haram guna bungkusan jenama terkenal - Utusan Malaysia

JKNS tumpas sindiket ubat haram guna bungkusan jenama terkenal

Ubat haram
ANTARA ubatan yang dirampas dalam serbuan itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menumpaskan satu sindiket penipuan pembungkusan semula pelbagai ubat tidak berdaftar dari luar negara berjumlah lebih RM1.5 juta, baru-baru ini.

Ubat tidak berdaftar itu antaranya suntikan insulin pesakit kencing manis, rawatan jantung, anti kolesterol, rawatan asma, darah tinggi dan titis rawatan mata.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, rampasan itu  dilakukan selepas Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) JKNS  menerima maklumat berkaitan sindiket penipuan yang menjual ubat berdaftar di pasaran tempatan. 

Malah, menurutnya, siasatan bersama Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) itu berjaya membongkar aktiviti sindiket terbabit yang menyasarkan pembungkusan semula ubat keluaran jenama terkenal.

“Justeru, CPF JKNS dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu tiga premis yang dijadikan lokasi pembungkusan, penyimpanan, pengedaran dan penjualan ubatan berkenaan. 

“Hasil serbuan kemudian membawa kepada rampasan merampas ubat tidak berdaftar berjumlah melebihi RM1.5 juta,” katanya hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952 yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, Sha’ari menasihatkan semua klinik dan farmasi memastikan sumber bekalan ubat-ubatan hanya daripada pemborong berlesen.

“Ia bagi memastikan ubat yang dijual itu adalah berdaftar dan diperolehi dari sumber yang sah. 

“Orang ramai turut digalakkan mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat kepada Program Perkhidmatan Farmasi menerusi sesawang http://pharmacy.gov atau portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya