JIM tahan 377 PATI, naik bas pekerja masuk Putrajaya

JIM tahan 377 PATI, naik bas pekerja masuk Putrajaya

SEBAHAGIAN PATI ditahan ketika menaiki bas dan van pekerja di beberapa laluan masuk ke Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 377 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan yang kebanyakan pekerja sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) ditahan dalam operasi, di sini pagi tadi.

Dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu, PATI berusia antara 22 hingga 55 tahun itu ditahan atas pelbagai kesalahan.

Mereka ditahan ketika menaiki bas dan van pekerja di beberapa laluan masuk ke Putrajaya dari arah Kajang dan Puchong sekitar pukul 5 pagi tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, daripada jumlah itu, 250 orang adalah wanita dan 127 orang lelaki yang berasal dari Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia, Pakistan, India dan Sri Lanka.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan aduan awam berhubung PATI yang disyaki menaiki kenderaan atau bas pekerja tanpa memiliki pas atau dokumen pengenalan diri yang sah.

“Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Seramai 600 orang warga asing diperiksa dalam operasi sama dijayakan oleh 110 orang pegawai imigresen pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JIM dan 40 pegawai JPJ,” katanya hari ini.

Katanya, kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Ruslin berkata, pihaknya mengingatkan semua majikan supaya tidak mengajikan PATI dan jika masih berdegil, majikan boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Jika didapati bersalah mereka boleh dikenakan hukuman dengan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap Pati yang digajikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya