Jenazah usahawan dilanggar, ditikam rakan kongsi selamat dikebumi - Utusan Malaysia

Jenazah usahawan dilanggar, ditikam rakan kongsi selamat dikebumi

JENAZAH wanita warga emas yang maut dilanggar dan ditikam rakan kongsinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru Kerteh, Kemaman, malam tadi. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Jenazah usahawan tudung dan pakaian yang maut dipercayai dilanggar dan ditikam rakan kongsinya, di Batu 23, Jalan Kuala Berang, di Hulu Terengganu, semalam selamat dikebumikan di kampung halamannya, tengah malam tadi. 

Jenazah wanita warga emas yang berusia 65 tahun itu selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru Kerteh, dekat sini, kira-kira pukul 12.15 tengah malam. 

Terdahulu, jenazah mangsa yang dibawa dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, tiba di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin di Kerteh kira-kira pukul 11.15 malam, untuk disolatkan. 

Lebih 50 ahli keluarga dan kenalan wanita itu turut menghadiri pengebumian dan memberikan penghormatan terakhir. 

Semalam, media melaporkan mayat warga emas itu ditemukan di dalam longkang dengan kesan 15 tikaman di bahagian badan.

Mangsa dipercayai dilanggar dan ditikam rakan perniagaannya yang berusia 35 tahun. 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan dilaporkan berkata, kejadian  berpunca selepas berlaku pertelingkahan antara mangsa dan suspek gara-gara ketidakpuasan hati berhubung agihan hasil keuntungan perniagaan mereka. 

Suspek berusia 35 tahun itu kemudiannya ditahan di kediamannya di Wakaf Tapai, Marang, kira-kira pukul 11 pagi semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya