Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhka

Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja (MRR) dalam usaha mengangkat martabat Mahkamah Syariah. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jawatankuasa itu akan meneliti dan berbincang dengan mufti serta semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan supaya ada peraturan yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Beliau berkata Majlis Raja-Raja juga berminat dan memberi perkenan supaya jawatankuasa itu melakukan kajian dalam meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah terhadap umat Islam dan pada masa sama tidak memberi kesan ke atas golongan bukan Islam.

“Setakat ini nama-nama individu yang menganggotai jawatankuasa khas ini sudah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan prosesnya mereka akan dan mesti berbincang dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Kerajaan Negeri sebelum apa-apa perkara dimuktamadkan,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini. 

ANWAR IBRAHIM

Anwar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Mohd. Azizi Abu Naim [PN-Gua Musang] yang terdahulunya bertanya mengenai pendirian kerajaan terhadap notis petisyen difailkan dua wanita yang dilihat mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 serta usaha kerajaan bagi memastikan undang-undang berkaitan Syariah terus terpelihara.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, sebarang keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung prosiding mencabar perlembagaan oleh dua pempetisyen sebelum ini tidak akan menghalang usaha kerajaan untuk terus memperkasa Mahkamah Syariah melalui jawatankuasa yang ditubuhkan.

“Sebab itu kita ada jawatankuasa khas ini, untuk usaha selaraskan pelaksanaan undang-undang, bayangkan kalau negeri diberi ruang sewenang-wenangnya (menggubal undang-undang), semua negeri buat dan atas itu juga nanti semua negeri ada percanggahan,” katanya. 

Anwar berkata, menerusi jawatankuasa khas itu, sebarang cadangan pindaan dan penambahbaikan Mahkamah Syariah yang dikemukakan akan dimohon untuk mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sebelum dibentang di Parlimen.

Katanya, rakyat harus diberi kefahaman yang benar mengenai kes itu kerana ia bukan berkaitan mencabar undang-undang Syariah, sebaliknya mencabar pertimbangan melibatkan kuasa negeri dalam Perlembagaan.

“Ada persepsi sebahagian umat Islam ini (petisyen oleh dua wanita) mencabar Syariah, kerana orang politik tunggang agama main isu ini, pada hal isunya bidang kuasa di mana-mana negeri boleh buat undang-undang, jadi jangan guna ruang ini untuk panaskan suhu politik dan sebar kebencian kononnya PM (Perdana Menteri) tak peduli hal Syariah Islam,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya