Jannaton lakar sejarah ke Paralimpik Paris

Jannaton lakar sejarah ke Paralimpik Paris

NUR Jannaton Abdul Jalil (hadapan) dan S. Suresh (empat dari kanan) berjaya mendapat tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024. – IHSAN MARZUKI ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih memanah para negara, Marzuki Zakaria tidak menyangka anak buahnya mampu membolot bukan satu, tetapi dua slot ke Sukan Paralimpik Paris tahun hadapan ketika Kejohanan Memanah Para Kelayakan Zon Asia di Bangkok, Thailand kelmarin.

Format kejohanan adalah sama seperti Kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan dua pemanah terbaik dalam setiap kategori akan layak secara automatik ke temasya itu.

Juara dunia 2019, S. Suresh yang beraksi acara recurve individu lelaki yang berjaya mara ke final dan me­numpaskan Lui Hui Tseng dari Taiwan, manakala Nur Jannaton

Abdul Jalil yang beraksi dalam acara compound wanita mencipta kejutan ke final, namun akur tewas kepada Teodora Audi Ayudia Ferelly dari Indonesia 125-144.

Biarpun tewas, Jannaton melakar sejarah tersendiri untuk kontinjen negara apabila menjadi atlet memanah wanita pertama layak ke Sukan Para­limpik sejak Malaysia mula menyertai temasya itu pada 1972.

“Sebenarnya saya tidak menjangkakan akan mendapat slot dalam kejohanan pada tahun ini memandangkan prestasi atlet turun naik dan tidak banyak kejohanan disertai tahun ini.

“Janna masuk ke dalam program pada 2019. Dia menggantikan tempat pemanah compound wanita sebelum ini Nor Saadah.

“Kita tidak meletakkan sasaran pada Janna pada awalnya, namun kesungguhan dan usahanya layak secara merit, ketika ini dia dilatih oleh jurulatih baharu Mohd. Hakhiki Kamro,” jelas Marzuki yang dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Tambah Marzuki, pihaknya kini sedang mencongak untuk menambah lagi jumlah atlet memanah para yang akan beraksi di Paris tahun memandangkan mereka masih lagi mempunyai satu lagi pusingan kelayakan di Dubai pada Mac depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya