Jangan takut pijak bendera Israel di Malakat Mall

Jangan takut pijak bendera Israel di Malakat Mall

BENDERA Israel yang sengaja dipasang untuk dipijak oleh para pengunjung di semua arah pintu masuk Malakat Mall, Cyberjaya, Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Pengunjung yang memasuki kompleks beli-belah Malakat Mall di sini tidak perlu bimbang memijak bendera Israel kerana ia sengaja diletakkan untuk tujuan itu.

Menurut pengasas premis komersial tersebut, Mohd. Fadzil Hashim, bendera rejim Zionis itu memang pun dipasang di lantai aras pertama di semua tiga pintu masuk pusat berkenaan.

“Jangan takut pijak sebab bendera ini diletak hasil idea pasukan pengurusan kami sebagai solidariti atas perjuangan Palestin melawan rejim Israel,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Lebih unik, kompleks perniagaan 100 peratus Muslim itu ujarnya, muncul sebagai gedung komersial yang pertama di Malaysia memasang bendera Israel untuk dipijak pengunjung.

Malah, gedung setinggi tiga tingkat tersebut juga menjadi satu-satunya yang berani tampil mengadakan perarakan ‘March 4 Gaza’ dengan disertai lebih 1,000 orang, baru-baru ini anjuran bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) dengan sokongan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, ramai pengunjung mengambil peluang memijak bendera negara haram itu sebagai tanda sokongan kepada Palestin yang ditindas Israel. – UTUSAN

Kapsyen: BENDERA Israel yang sengaja dipasang untuk dipijak oleh para pengunjung di semua arah pintu masuk Malakat Mall, Cyberjaya, Selangor. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya