Jangan salahkan Anwar, mengapa sombong bincang peruntukan?

Jangan salahkan Anwar, mengapa sombong bincang peruntukan?

AMMAR ATAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembangkang diminta untuk tidak menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkaitan peruntukan kawasan ahli parlimen selepas empat ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan mereka terhadap Kerajaan Perpaduan.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Ammar Atan berkata, tindakan mereka itu disebabkan kelemahan pimpinan PN sendiri yang masih angkuh untuk berbincang berkaitan peruntukan kawasan secara matang dengan kerajaan yang ada pada hari ini.

Menurut beliau, ia juga menunjukkan bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan keempat-empat ahli parlimen tersebut datang daripada parti berkenaan.

Justeru, beliau menyeru, ahli-ahli parlimen PN untuk lebih tegas menekan pimpinan utama mereka khususnya Datuk Seri Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pembangkang bagi menyegerakan perbincangan bersama pihak kerajaan.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, kerajaan memerintah hari ini dengan terbuka membuka pintu kerjasama dalam hal peruntukan khas kepada ahli parlimen pembangkang. Hatta semasa Tan Sri Muhyiddin berkuasa dahulu, mereka langsung tidak mahu bekerjasama

“Hakikatnya, jika perbincangan telah berlaku awal tahun ini, pasti isu perpecahan PN tidak akan berlaku kerana pimpinan Datuk Seri Anwar bersedia untuk bekerjasama dengan terbuka. Ini adalah dana peruntukan khas dan bukannya hak ahli parlimen serta tidak termaktub dalam mana-mana peraturan kewangan negara.

“Sudah-sudahlah berpolitik, jangan disalahkan Perdana Menteri kerana sedia menerima kerjasama segelintir ahli parlimen tertentu, tetapi cermin diri dahulu, mengapa anda terlalu angkuh dan sombong untuk berbincang? Khuatir maruah hilang? Atau sengaja mahu timbulkan persepsi bahawa kerajaan ini zalim?” soalnya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Ammar berkata, beliau tidak terkejut jika lebih ramai ahli parlimen Bersatu mula menyokong Perdana Menteri selepas ini.

“Mungkin juga sudah tiba masanya, ahli-ahli parlimen PN menggantikan ketua pembangkang yang hanya sibuk berpolitik 24 jam tanpa mengambil kira kepentingan ahli-ahli parlimen PN keseluruhannya.

“Tidak salah untuk saya mencadangkan ahli parlimen Ketereh, Mejar Jeneral Datuk Khlir Mohd Nor yang sangat tegas dan jelas dalam isu ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN