Jangan boikot artis, kami juga menentang keganasan - Universal Music Malaysia - Utusan Malaysia

Jangan boikot artis, kami juga menentang keganasan – Universal Music Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat rakaman dan penerbitan album, Universal Music Malaysia, berpendirian teguh menentang segala bentuk keganasan bukan seperti kenyataan mengelirukan yang dikeluarkan Universal Music Group (UMG) sebelum ini.

Pengarah Artis repertoar (A&R) dan pemasaran Universal Music Malaysia, Hermond Cheng menegaskan, pihaknya lebih menghargai keharmonian dan tidak menyokong mana-mana peperangan yang akhirnya membawa kemudaratan manusia.

“Sebenarnya itu ialah kenyataan akhbar yang lama. Kami (Universal Music Malaysia) menentang keganasan. Itu ada dinyatakan di bahagian bawah kenyataan akhbar tersebut.

“Kami tidak menyokong apa-apa peperangan. Dalam muzik kami mahu semua orang aman damai,” katanya.

Hermond ditemui Utusan Malaysia semasa majlis pra dengar album perdana kumpulan Dolla bertajuk New Classic, di Petaling Jaya, semalam.

Maklum terdapat segelintir pihak yang ingin memboikot artis di bawah Universal Music Malaysia, Hermond berharap perkata itu tidak diteruskan kerana akan memberi kesan buruk kepada periuk nasi artis tempatan.

“Tak perlukah boikot artis kami kerana semua orang pun mencari rezeki. Jadi mengapa kita boikot?

“Saya bersyukur artis-artis di bawah naungan Universal Music Malaysia tidak diboikot oleh peminat-peminat mereka,” katanya lagi.

Sebelum ini, UMG menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram tanpa selindung menghentam perjuangan Hamas dengan menyifatkan tindakan mereka sebagai ‘barbarik’.

UMG juga mengatakan Hamas ialah pengganas yang akan menyumbang kepada peningkatan anti-semitism dan ketaksuban lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya