Jalan susur Semantan menghala KL ditutup 36 hari 

Jalan susur Semantan menghala KL ditutup 36 hari 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jalan susur dari Semantan menghala ke Kuala Lumpur ditutup sepenuhnya bermula 25 November ini sehingga 31 Disember depan, bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan fasa kedua jalan raya bertingkat. 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, pengguna dari Bukit Damansara atau Jalan Beringin yang melalui Persimpangan Setiabudi perlu mengambil Jalan Johar untuk menghala ke Kuala Lumpur. 

“Untuk makluman, Jalan Johar akan diubah kepada laluan dua lorong. Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan dan sebarang kesulitan amat dikesali,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam. 

Mengulas lanjut, DBKL berkata, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan Awam dam Saliran DBKL di talian 03-2617 9000 (waktu pejabat), untuk sebarang pertanyaan mengenai jalan terbabit. 

Selain itu, WCT Berhad di talian 017-880 7090 (Braba) atau Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) di talian 03-7434 7333. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya