Jalan masuk Felda Bukit Cherakah hak milik persendirian - Utusan Malaysia

Jalan masuk Felda Bukit Cherakah hak milik persendirian

Bukit Cherakah
KIRA-KIRA 100 wakil penduduk berhimpun secara aman dekat Jalan 1 bagi menyatakan bantahan terhadap pemindahan laluan utama masuk ke Kampung Felda Bukit Cherakah di Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN / AMIN AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Penduduk Kampung Felda Bukit Cherakah di sini, yang membantah pembinaan jalan utama kawasan itu perlu merujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) kerana laluan berkenaan hak milik individu persendirian.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor, Nur Hafidzan Idris berkata, pihaknya ada menerima aduan penduduk yang tidak berpuas hati mengenai cadangan penutupan jalan tersebut.

“Namun, hasil semakan kami di PDT Kuala Selangor mendapati jalan itu berada dalam kawasan persendirian dan milik individu.

“Justeru, penduduk dinasihatkan merujuknya kepada pihak berkuasa tanah bagi menyelesaikan isu jajaran berkenaan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Utusan Malaysia pada 15 Oktober lalu melaporkan lebih 7,000 penduduk kampung itu kesal dengan tindakan pemindahan jalan masuk utama ke penempatan berkenaan yang lebih curam dan berisiko kemalangan.

Malah, laluan baharu akan dibina itu kerap digunakan lori bagi laluan Puncak Alam ke Meru sekaligus menambah kegusaran terhadap keselamatan kepada penduduk.

Penukaran laluan itu hanya diketahui penduduk menerusi pekerja yang melakukan kerja pengukuran di laluan tersebut.

Laluan yang dipercayai akan dibina berhampiran selekoh berbukit bertentangan Pusat Koreksional Puncak Alam itu turut dibimbangi menjejaskan perniagaan kedai runcit, warung dan bengkel kereta.

Mengulas lanjut, kata Nur Hafidzan, JKR tiada menerima permohonan daripada mana-mana pihak mengenai pembukaan jalan alternatif tersebut.

“Sewaktu pertemuan dengan pemilik tanah itu, kami hanya membenarkan penutupan di kawasan milik persendirian. Namun, ia bukannya melibatkan penutupan keseluruhan kawasan berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya