Isteri jadi saksi ketabahan arwah suami tamatkan PhD

Isteri jadi saksi ketabahan arwah suami tamatkan PhD

NORSIAH Ashaari (kiri) dan Nurin Awatif Mohd. Fizam melihat sijil ijazah doktor falsafah yang diraih arwah Mohd. Fizam Zainon sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Ke-18 di Dewan Ilmu, Unimap, Arau, Perlis semalam. – MINGGUAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Tiada perasaan lain ke­cuali bangga dan sayu dirasai Norsiah Ashaari, 53, ketika menjadi pengganti untuk menerima skrol ijazah doktor falsafah (PhD) bagi pihak suaminya yang me­ninggal dunia akibat sera­ngan jantung tahun lalu.

Norsiah ditemani anaknya, Nurin Awatif Mohd. Fizam, 23, hadir bagi menerima PhD ber­kenaan bagi pihak Allahyarham Mohd. Fizam Zainon pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Ke-18 di Dewan Ilmu, Unimap, di sini, semalam.

Ia disampaikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail me­rangkap Canselor Unimap dii­ringi Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Norsiah berkata, dia berasa bangga dan hiba dengan kejayaan arwah suaminya itu yang sebelum ini bertungkus-lumus menamatkan pengajian dalam bidang PhD tersebut.

Dia juga menjadi saksi dan sentiasa berada di sisi suaminya yang berusaha bersungguh-sungguh dalam tempoh 10 tahun bagi menamatkan pengajian.

“Allahyarham sebelum ini mengambil sedikit masa iaitu sekitar 10 tahun bagi menamatkan pengajian disebabkan faktor kesihatan. Namun saya berasa sangat bangga kerana dia berjaya menamatkan pengajian,” katanya.

Norsiah berkata, arwah suaminya yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Kolej Komuniti Padang Terap meninggal dunia ketika menghadiri mesyuarat di Putrajaya.

Katanya, selepas mesyuarat berkenaan, arwah suaminya mengalami sesak nafas dan dihantar ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Doktor memaklumkan suami saya mengalami serangan jantung dan ditidurkan selama 17 hari sebelum meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Nurin Awatif pula berkata, kejayaan bapanya itu menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas ini.

Dia yang juga merupakan penuntut di Unimap dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal berkata, arwah ayahnya sebelum ini juga gigih melakukan ulang kaji khususnya pada waktu malam bagi menamatkan pengajian berkenaan.

“Saya dapat melihat bagaimana kesusahan ayah untuk menamatkan pengajian dan itu menjadi motivasi buat saya untuk berazam belajar lebih tinggi,” katanya. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya