JAKARTA: Status rumahtangga Irish Bella terjawab apabila pelakon berkenaan memfailkan permohonan cerai terhadap suami yang juga pelakon, Ammar Zoni.
Perkara itu disahkan Hakim Mahkamah Syariah Depok, M. Kamal Syarif kepada media tempatan, baru-baru ini.
“Permohonan itu dibuat secara dalam talian pada 6 November 2023 (Isnin).
“Perbicaraan telah dilakukan, namun kedua-dua pihak tidak hadir, hanya diwakili peguam.
“Kami akan meminta keduanya hadir pada persidanhan selanjutnya,” katanya.
Rumahtangga pelakon itu dikhabarkan bergolak selepas Ammar menamatkan hukuman tujuh bulan penjara tujuh kerana penyalahgunaan dadah.
Pasangan suami isteri itu juga sebelum ini dikhabarkan tidak lagi tinggal sebumbung.
Irish dan Ammar mendirikan rumahtangga pada 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata, Air Rumi Akbar dan Ara Puti Sabai Akbar.