IPD Kajang lupus pelbagai barang kes bernilai RM2.4 juta

IPD Kajang lupus pelbagai barang kes bernilai RM2.4 juta

MOHD. Zaid Hassan (kanan) melupuskan barang kes seperti mesin komputer, telefon bimbit dan kad ATM di Balai Polis Bandar Baru Bangi, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang hari ini melupuskan barangan kes jenayah membabitkan nilai keseluruhan RM2.4 juta yang menggunakan kaedah e-waste dan jualan sisa besi serta pepejal.

Pelupusan ini membabitkan barangan kes jenayah iaitu rokok dan minum tidak bercukai, mesin perjudian serta mesin bitcoin pelbagai jenis.

Bagi jenayah komersial pula, pelupusan ini membabitkan barang kes seperti mesin komputer, telefon bimbit dan kad ATM bagi tempoh tahun 2021 hingga tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pelaksanaan pelupusan barang kes ini adalah mengikut kaedah dan peraturan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN D207) dan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 406A Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut beliau, selain itu turut diadakan sesi lelongan sembilan kenderaan barang kes yang tidak dituntut.

“Tindakan pelupusan barang kes kali ini membabitkan 193 kertas siasatan Bahagian Siasatan Jenayah serta 24 kertas siasatan dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang mana kesemua berjaya diselesaikan dengan tindakan pendakwaan dan pesalah dijatuhkan hukuman,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelupusan Barang Kes dan Lelongan Kenderaan IPD Kajang di Balai Polis Bandar Baru Bangi, hari ini.

Mohd. Zaid berkata, barang kes ini telah mendapat arahan pelupusan daripada pihak pendakwa raya serta diluluskan mahkamah yang meliputi barang kes Op Dadu (perjudian) yang berjumlah 3,482 buah set mesin slot, komputer, komputer riba, telefon bimbit dengan jumlah nilai rampasan sebanyak RM212,500.

“Barang kes Op Kontraban iaitu rokok dan minuman keras tidak bercukai pula membabitkan rampasan 92,226 tin minuman keras bersama 843 botol arak serta 15,264 karton sebanyak RM1.45 juta.

“Barang kes Op Elektrik (Bitcoin) membabitkan sejumlah 765 buah mesin bitcoin dengan jumlah nilaian rampasan sebanyak RM180,000,” jelasnya.

Kata beliau, barang kes Op Merpati (calling centre scammer) membabitkan 127 unit set komputer/laptop, 898 telefon bimbit, 186 kad ATM/barang kes am dengan jumlah nilaian RM652,000.

“Hasil pemeriksaan jumlah nilai keseluruhan pelupusan barang kes ini adalah dianggarkan lebih kurang RM2,494,500,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya