Internet Starlink di kampung Orang Asli

Internet Starlink di kampung Orang Asli

ANWAR Ibrahim semasa melawat dan beramah mesra bersama komuniti Orang Asli di Kampung Tonggang di Ulu Kinta di Ipoh, Perak baru-baru ini. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Masyarakat Orang Asli Kampung Tonggang di Ulu Kinta di sini menaruh harapan besar untuk turut sama berada dalam arus pembangunan Madani me­lalui naik taraf jaringan internet di kampung itu.

Hal ini diperkuatkan lagi de­ngan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu pada 24 Ogos lalu, sekaligus menjadi pemimpin nombor satu negara pertama menjejak kaki di kampung itu.

Tok Batin Kampung Tonggang, Che Wan Bin Alang gembira dengan kehadiran Perdana Menteri untuk melihat sendiri keadaan tempatnya yang memerlukan banyak penambahbaikan.

Dalam kesempatan itu, beliau memohon kepada Anwar supaya jalan di kampung tersebut dinaiktaraf bagi memudahkan penduduk dan jaringan internet untuk masyarakat terutama murid dan peniaga muda berhubung dengan dunia luar serta kelengkapan dalam sekolah ke­ra­na kadangkala terpaksa menggunakan kantin sebagai kelas pembelajaran.

“Segala permintaan adalah untuk meningkatkan taraf hidup setempat. Semua keperluan itu akhirnya akan membantu masyarakat di sini terutama golongan muda agar tidak ketinggalan dalam kehidupan mereka.

“Dengan perhatian berterusan semua pihak terutama mela­lui pelan Perak Sejahtera 2030 oleh kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, saya optimis tentang masa depan kampung ini,” katanya.

Kampung itu terletak enam kilometer ke pekan Tanjung Rambutan dan lebih 20 kilometer dari bandar Ipoh. Kini terdapat kira-kira 453 orang penduduk di Kampung Tonggang dengan 137 ketua isi rumah yang terdiri daripada suku kaum Temiar dan majoritinya adalah beragama Islam.

Beliau gembira apabila Anwar memberi maklum balas segara terhadap cadanganya itu termasuk hasrat Perdana Menteri untuk memberikan Starlink iaitu teknologi kemudahan Internet yang dibangunkan oleh bilionair terkemuka Amerika Syarikat, Elon Musk.

Dalam pada itu, kampung tersebut turut melaksanakan program sosioekonomi dinamakan sebagai Kayuh D’Tonggang, iaitu ekopelancongan berasaskan sungai dan hutan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN