Indonesia ungguli kejohanan luncur udara KKB

Indonesia ungguli kejohanan luncur udara KKB

PASUKAN dari Indonesia mengungguli sukan luncur udara dalam Pesta Paragliding  Kuala Kubu Bharu dan Pertandingan Ketetapan Mendarat 2023 (Terbuka) Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indonesia mengungguli acara terbuka sukan luncur udara dalam Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu dan Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023 (Terbuka), baru-baru ini.

Dua wakil negara tersebut iaitu Ilham Erwahyudha dan I Kadek Vero Surya Prakaca masing-masing menduduki tempat pertama serta kedua dalam kejohanan yang diadakan Sabtu lalu. 

Kejayaan itu membolehkan kedua-dua peserta membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,500 dengan merangkul tempat pertama serta naib johan. 

Sementara itu peserta Malaysia, Muhammad Aqilluddin Mohd. Nafi pula menduduki tempat ketiga membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000. 

Pengarah Projek, Nazri Sulaiman berkata, sebanyak lima kategori dipertandingkan termasuk berpasukan, tertutup Malaysia, wanita, junior dan veteran dengan hadiah keseluruhan untuk kelima-lima kategori ialah RM15,700.

“Selain mencungkil bakat baharu, kita juga berjaya mengetengahkan potensi  produk pelancongan seperti Paragliding Fun Fly, Tandem Paragliding, Aero Modeling, pertunjukan dron dan Paramotor Microlight menerusi penganjuran ini.

“Malah kita berjaya mengenal pasti  potensi Kuala Kubu Bharu sebagai hub aktiviti sukan udara selepas menerima lebih 6,000 pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu Nazri berkata, festival itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui dan menceburi sukan ekstrem dengan lebih dekat. 

“Festival ini dianjurkan dengan matlamat mempromosikan produk dan program pelancongan yang dijalankan dalam Selangor dan Malaysia menerusi aktiviti paragliding sukan lasak.

“Selain itu, kita juga mahu  menjadikan Kuala Kubu Bahru sebagai hub sukan udara yang mampu menerima juruterbang-juruterbang paragliding dari dalam dan luar negara,” ujarnya.

Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu & Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023 (Terbuka) menampilkan CloudBass sebagai Rakan Teknikal dan Pengurusan Koordinator yang mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Seniman Malaysia sebagai Rakan Strategik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya