Hujan tidak halang Affandi berkempen - Utusan Malaysia

Hujan tidak halang Affandi berkempen

RAJA Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berpayung bersama seorang penduduk ketka hadir bertemu dengan jentera pilihan raya di PDM Kampung Chabang, Kerteh, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Hujan yang berlarutan pada hari kedua kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, hari ini, tidak menghalang calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertemu dengan pengundi dalam siri kempen di Parlimen itu.

Malah, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu menganggap musim hujan sekarang tidak menghalang pergerakannya bertemu dengan seramai mungkin pengundi di Parlimen itu.

Beliau berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu sejak hari penamaan calon PRK itu semalam memberi kelebihan untuk  bertemu pengundi.

Menurutnya, pada musim hujan ini, kebanyakan penduduk berada di rumah dan berkumpul di tempat tertentu dan keadaan tersebut memudahkannya berkempen.

“Lagipun saya (bekas) askar, jadi hujan ni tak menjadi satu halangan bagi saya (berkempen),’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bertemu dengan jentera pilihan raya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Chabang, Kerteh dekat sini, hari ini.

Pada masa sama, Raja Mohamed Affandi berkata, beliau juga tidak mengambil kisah sekiranya terdapat penduduk kampung yang ditemui memanggil namanya sebagai Affandi sahaja kerana nama penuhnya agak panjang.

“Ada penduduk  panggil saya dengan gelaran Jeneral dan ada juga Affandi sahaja,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya