Hospital KPJ sambut baik Perak hab pelancongan kesihatan

Hospital KPJ sambut baik Perak hab pelancongan kesihatan

KPJ Ipoh menjadi pilihan ramai kerana fasiliti dan kepakaran doktor yang ditawarkan hospital pakar itu. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hospital Pakar KPJ Ipoh di sini menyambut baik hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Perak sebagai hab pelancongan kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Pakar KPJ Ipoh, Badrul Hisyam Ibrahim berkata, malah hospital itu kini pada landasan betul ke arah Perak hab pelancongan kesihatan, sekali gus membantu meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri ini.

Kata beliau, pihaknya yakin dapat merealisasikan hasrat yang diimpikan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad yang yakin ia boleh dicapai berdasarkan pertambahan jumlah hospital swasta menawarkan kepakaran dalam beberapa bidang khusus yang ada di negeri ini.

“Kami di Hospital KPJ Ipoh sedia menyahut hasrat Menteri Besar yang mahu melihat Perak sebagai hab pelancongan kesihatan.

“Ketika ini, sambutan pelancong domestik mahupun asing untuk mendapatkan rawatan di hospital ini sangat memberangsangkan. Malah, kami mempunyai satu pasukan khas untuk melayani pesakit yang datang dari luar negara seperti Medan, Indonesia dan China.

“Pihak KPJ sendiri menjemput mereka di lapangan terbang dan membawa ke hotel untuk memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan mereka,” katanya.

Badrul Hisyam berkata, bandar raya Ipoh sudah pastinya menjadi tumpuan sebagai hab pelancongan kesihatan apatah lagi Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin baru-baru ini mengumumkan bandar raya ini bakal menjadi Bandar Kesihatan menjelang 2025.

“Sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan, Hospital Pakar KPJ Ipoh mahu memainkan peranan dalam membantu kerajaan negeri memberikan kesihatan terbaik untuk rakyat seperti yang digariskan di bawah agenda Perak Sejahtera 2030,” katanya.

Beliau berkata, pelancaran Pusat Strok Hospital Pakar KPJ Ipoh oleh Menteri Besar baru-baru ini menjadikan hospital itu pusat strok pertama swasta di negeri ini.

Katanya, untuk itu, hospital itu dalam perancangan untuk memperbesar hospital untuk menampung jumlah pesakit.

“Hospital ini menjadi pilihan ramai disebabkan fasiliti dan kepakaran doktor yang ditawarkan di sini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya