Hospital Kemaman baharu siap Ogos tahun depan   - Utusan Malaysia

Hospital Kemaman baharu siap Ogos tahun depan  

ZALIHA Mustafa (kiri) berbual mesra bersama kakitangan yang bertugas di Klinik Kesihatan Air Putih, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pembinaan Hospital Kemaman baharu di Kijal dekat sini yang menelan belanja sebanyak RM450 juta dijangka siap sepenuhnya pada Ogos tahun hadapan.

Menteri Kesihtan Dr. Zaliha Mustafa berkata, pembinaan hospital itu yang kini dibina kira-kira 75 peratus dilengkapi 300 unit katil, lapan dewan bedah, unit rawatan rapi, komplek klinik pakar dan klinik rawatan harian.

Menurutnya, hospital baharu itu juga dilengkapi dengan peralatan dan perubatan yang lebih baik dan canggih.

“Bulan Ogos, insya-Allah harapnya siap dan sebelum berakhir tahun hadapan dah siap dan boleh digunakan,” katanya ketika ditemui selepas melawat Klinik Kesihatan Air Putih di sini, hari ini.

Sementara itu, Zaliha berkata, Hospital Kemaman yang lama pula akan dijadikan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kemaman yang akan memberi keutamaan spesifik kepada dua golongan itu. 

Beliau memberitahu, pihaknya telah mengenal pasti beberapa fasiliti kesihatan yang berisiko dilanda banjir di Terengganu.

“Persiapan awal telah diambil termasuk bersedia memindahkan pesakit terkesan ke fasiliti kesihatan yang dilanda banjir,” ujarnya. 

 Selain itu, tambahnya, sebanyak 58 klinik daif dikenal pasti di negeri ini dan daripada jumlah itu 54 klinik telah dibaiki dan dinaik taraf.

Katanya, sebanyak empat klinik lagi akan siap dinaik taraf selewat-lewatnya akhir tahun ini.

“Tahun hadapan pula kita rancang untuk tingkat kualiti, kemudahan infrastruktur dan fasiliti kesihatan Terengganu melalui Belanjawan 2024 membabitkan RM175 juta melibatkan beberapa projek termasuk sembilan projek baru dan 11 projek sambungan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya