Hentikan konspirasi jatuh menjatuhi - Sultan Nazrin - Utusan Malaysia

Hentikan konspirasi jatuh menjatuhi – Sultan Nazrin

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah bertitah pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-67 baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah bertitah supaya dihentikan perlumbaan mencari keburukan dan perbuatan aib mengaibkan.

Titah baginda, hentikan kerja-kerja menyebar fitnah, hentikan usaha meruntuh dan memusnahkan, hentikan konspirasi jatuh menjatuhi.

Baginda bertith, ini agar dunia lebih aman, negara lebih tenteram dan rakyat hidup lebih sejahtera.

“Sikap yang mementingkan diri dan sikap yang merasakan diri sendiri sahaja yang betul akan membawa kepada kemusnahan.

“Membenci dan bermusuhan bagaikan pilihan kalangan yang memiliki kuasa, yang kelihatan lebih cenderung untuk bersaing daripada bekerjasama.

“Akibatnya usaha-usaha membangun insan, menghapuskan kemiskinan, mengatasi kekurangan makanan, dan membasmi kejahilan serta buta huruf, menjadi bertambah sukar.

“Dunia juga sedang menghadapi masalah bekalan perkhidmatan dan barangan, terutama bahan makanan yang semakin sukar diperoleh, menyebabkan kos sara hidup terus meningkat, mengakibatkan rakyat di serata dunia menanggung kesusahan,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-67 baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Sultan Nazrin bertitah, dunia yang tenat dilanda krisis perlu diubati dengan suara perdamaian.

Titah baginda, bermuafakat lebih baik daripada bersengketa, bermesyuarah lebih baik daripada bertelagah, dan bermaaf-maafan lebih baik daripada berdendam.

“Insaflah! Kedamaian lebih baik daripada peperangan; Insaflah! akar kemanusiaan hanya tumbuh dalam suasana persahabatan dan kerjasama; Insaflah!

“Kedamaian akan tinggal dalam impian jika tidak ada rasa muhibah dalam hati insan,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya