Henti spekulasi siasatan kes buli pelajar MCKK

Henti spekulasi siasatan kes buli pelajar MCKK

KHAIRUDDIN Abu Hanipah (tengah) menyampaikan sijil kepada peserta pada Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional di Ipoh hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri meminta semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PiBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menyerahkan siasatan kes buli pelajar di sekolah berkenaan kepada pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, semua pihak perlu menunggu hasil siasatan laporan kes tersebut daripada pihak polis.

“Kita serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan kerana perkara ini telah pun diambil maklum oleh pihak polis dan kita kena terima dan tunggu.

“Kita tak nak mengganggu siasatan yang dibuat oleh polis, cuma kita mengharapkan pihak-pihak yang terbabit bersabar dan menerima apa saja keputusan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional di sini hari ini.

Menurutnya, apa sahaja isu yang disiasat oleh pihak polis  akan disiasat daripada semua aspek.

“Saya harap pihak-pihak tertentu berhenti membuat spekulasi dan kita tunggu siasatan daripada pihak polis supaya kita dapat tahu kesahihan dan kebenarannya supaya tidak ada sebarang isu yang akan ditular dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Khairudin berkata, pihak PIBG mempunyai hak ataupun kuasa yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

“isu seperti ini, jangan membuat spekulasi sendiri. Apabila kita buat spekulasi sudah tentu, kita akan cuba menyebelahi pihak A atau pihak B.

“Kita tunggu pihak yang diberi amanah dan kuasa untuk melakukan siasatan. Selepas siasatan, kalau ada terbukti, ada sebarang isu dan sebagainya, biarlah mereka (polis) ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Menurutnya, masyarakat diharapkan bersabar sementara menunggu laporan hasil siasatan dari pihak berkuasa.

“Kalau tidak ada, kes ini akan ditutup dan sebagainya. Tapi kita minta netizen dan juga pihak berkenaan sabar. dan tunggu laporan siasatan ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Persatuan Ibu Bapa da Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menyelar tindakan ahli keluarga pelajar yang menularkan kejadian buli di sekolah berkenaan kerana dianggap memberi imej buruk kepada MCKK.

Dalam satu kenyataan menerusi hantaran di Facebook PIBG sekolah berkenaan, pihak PIBG MCKK sudah mengambil maklum mengenai kes disiplin tersebut bahawa ia selesai disiasat dan diambil tindakan oleh pihak sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya