Henti serangan terhadap UMNO dalam sidang DUN

Henti serangan terhadap UMNO dalam sidang DUN

SUHAIMI NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) harus berhenti melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin-pemimpin UMNO dalam persidangan DUN.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata, persidangan DUN yang seharusnya menjadi medium untuk membawa suara rakyat dan isu-isu pembangunan tapi, ia dijadikan sebagai tempat untuk ADUN-ADUN Gagasan Rakyat menghentam pemimpin UMNO.

“Sebagai wakil rakyat, sewajarnya mereka membawa suara rakyat dan isu-isu pembangunan bukannya menghentam keperibadian pemimpin UMNO.

“Berhentilah berpolitik dalam mesyuarat DUN, misi kita adalah untuk membawa isu-isu rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob pada sesi perbahasan mendakwa ketua-ketua bahagian UMNO dilantik sebagai penyelaras Pusat Giat Mara di setiap bahagian manakala, ADUN Kuamut Datuk Masiung Banah menghentam keperibadian Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Masiung mendakwa Bung Moktar, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah gagal memahami peranan sebagai ahli Parlimen dan ADUN Lamag serta peranan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

Perbuatan kedua-dua ADUN yang pernah bernaung di bawah payung Barisan Nasional (BN) melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin UMNO/BN adalah tindakan tidak berintegriti dan tidak menghormati institusi DUN.

“Sejak Gagasan Rakyat diwujudkan, ADUN mereka tidak menghormati intitusi DUN Sabah, mereka membawa sikap kebencian dan membangkitkan kemarahan kepada Bung Moktar. Mereka selaku wakil rakyat sepatutnya bersifat matang semasa berada dalam DUN.

“Inilah sikap pemimpin yang disimpan oleh Gagasan Rakyat yang sudah melompat banyak kali,” katanya.

Mengulas lanjut, Suhaimi yang juga ADUN Dilantik berkata, sebagai pembangkang di Sabah, DUN adalah medium untuk ADUN UMNO menyuarakan masalah rakyat di kawasan masing-masing. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya