Henti polemik penganjuran Minggu Solidariti Palestin - ABIM

Henti polemik penganjuran Minggu Solidariti Palestin – ABIM

ZAIRUDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa polemik berkaitan penganjuran Minggu Solidariti Palestin oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dihentikan serta-merta.

Naib Presiden ABIM, Zairudin Hashim berkata, hal ini merujuk kepada penegasan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai prosedur yang telah ditetapkan bagi pengelolaan Minggu Solidariti Palestin.

“Arahan tersebut telah dijelaskan secara terperinci melalui pekeliling yang dikeluarkan pada 21 Oktober lalu.

“Arahan yang disediakan oleh KPM melalui pekeliling tersebut penting bagi memastikan nilai-nilai kemanusiaan yang universal, perpaduan, keharmonian dan karamah insaniah diutamakan dalam program itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zairudin, menerusi pekeliling itu, KPM menegaskan bahawa Minggu Solidariti Palestin adalah sebahagian daripada pendidikan kewarganegaraan global yang telah dimasukkan dalam kurikulum kebangsaan melalui Elemen Merentas Kurikulum (EMK).

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam konteks konflik Israel-Palestin, pendidikan memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak memahami isu tersebut dengan betul.

Katanya, ia sejajar dengan pandangan kerajaan untuk mengelakkan naratif yang salah daripada media sosial.

“Rakyat Malaysia perlu bersama-sama menyuarakan sokongan terhadap kerajaan di atas ketegasan menolak keganasan yang berlaku di Palestin sehingga melibatkan ribuan nyawa terkorban,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN