Harimau: Penduduk takut ke kebun, menyumpit

Harimau: Penduduk takut ke kebun, menyumpit

MAYAT lelaki warga Indonesia ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dibaham harimau belang di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penduduk Kampung Meranto di sini mengambil keputusan tidak keluar menoreh buat sementara waktu susulan serangan harimau yang meragut dua nyawa dalam tempoh 48 jam.

Menurut penduduk, perasaan bimbang itu susulan harimau berkenaan didakwa masih bebas berkeliaran di ladang serta hutan berhampiran kampung mereka.

Seorang pekebun, Mohd. Hussin Abdullah, 48, berkata, sejak kejadian itu mereka tidak lagi tidak berani keluar berseorangan termasuk ke kawasan ladang kelapa sawit dan getah.

“Kami berharap ada tangkapan haiwan liar dibuat oleh pihak berwajib. Kami mahu keselamatan terjaga selepas dua warga asing yang mencari rezeki menoreh getah di kawasan ladang berhampiran kampung ini maut dibaham harimau,” katanya di sini semalam

Seorang lagi penduduk Orang Asli di Kampung Kuala Lah, Along Busu, 42, pula berkata, ketika ini dia sudah tidak berani keluar menyumpit di kawasan ladang dan hutan berhampiran Kampung Meranto masuk kerana bimbang dengan ancaman harimau belang.

Katanya, buat sementara waktu dia berada di rumah kerana ingin menghindarkan diri daripada terserempak serta menjadi serangan pak belang.

“Saya menerima khabar ada penduduk yang melihat kelibat dan kesan tapak harimau dalam ladang kelapa sawit dan dua orang terbunuh selepas dibaham harimau,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, selepas penemuan mayat lelaki warga Indonesia yang maut akibat dibaham harimau di Pos Pasik di sini kelmarin, seorang lelaki warga Myanmar pula meninggal dunia angkara pak belang di kebun getah di Kampung Meranto dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, Ahka Soe Ya, 22, cedera parah pada bahahian kepala akibat diserang seekor harimau belang ketika sedang menoreh getah bersama isterinya di ladang Meranto di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya