Harimau dahan ditemukan mati dilanggar kenderaan

Harimau dahan ditemukan mati dilanggar kenderaan

HARIMAU dahan jantan yang ditemukan mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Naka, Padang Terap
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Seekor harimau dahan jantan ditemukan mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di hadapan Masjid Al-Huda, Gajah Mati di Jalan Naka, awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd. Roshidi Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bangkai haiwan tersebut kira-kira pukul 3.40 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seekor harimau dahan seberat kira-kira 30 kilogram (kg) terbaring di tepi jalan dari Pokok Sena menuju ke Naka. 

“Kami kemudiannya membawa bangkai haiwan tersebut ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim ketika dihubungi memaklumkan pihaknya masih menyiasat mengenai kemunculan haiwan tersebut.

“Haiwan itu merupakan spesis terancam dan ada kemungkinan haiwan itu tersesat,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya