Harimau belang di Pos Pasik dipindahkan ke NWRC Perak

Harimau belang di Pos Pasik dipindahkan ke NWRC Perak

HARIMAU belang yang dipercayai membaham Orang Asli Pos Pasik di Gua Musang, Kelantan ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap di pasang oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Harimau belang yang dipercayai membaham Orang Asli Pos Pasik di sini, bulan lalu dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata, harimau itu dalam keadaan sihat selepas masuk ke dalam perangkap tersebut.

“Dengan penangkapan ini, kami percaya ia meredakan dan kegusaran penduduk Orang Asli di Pos Pasik.

“Bagaimanapun penduduk di Pos Pasik perlu berjaga-jaga dan keluar ke ladang dan bekerja secara berkumpulan dan tidak berseorangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Mohd. Sani Nahtiman berkata, penduduk Orang Asli lega apabila harimau yang berada dalam perangkap itu akhirnya dibawa keluar dari kawasan perkampungan mereka.

Katanya, penduduk dapat melihat sendiri harimau yang bersaiz dewasa itu masuk perangkap. 

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan seekor harimau belang yang membaham Orang Asli Pos Pasik di sini akhirnya ditangkap hari ini selepas masuk ke dalam perangkap dipasang oleh Perhilitan pada 13 Oktober lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya