Hari Bertemu Pelanggan MBS tawar diskaun 70% untuk saman letak kereta - Utusan Malaysia

Hari Bertemu Pelanggan MBS tawar diskaun 70% untuk saman letak kereta

MASRI Razali (berdiri tengah) mendengar aduan yang diajukan oleh pelanggan pada Hari Bertemu Pelanggan MBS di Nilai dekat Seremban hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tawaran diskaun sebanyak 70 peratus untuk saman letak kereta Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menjadi tarikan utama kepada pengunjung Hari Bertemu Pelanggan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu di Nilai dekat sini hari ini.

Selain itu, seramai 100 pengunjung pertama juga ditawarkan anak pokok dari nurseri milik MBS secara percuma untuk dibawa pulang.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, program itu dianjurkan oleh pihaknya bertujuan memahami dan mendekati penduduk yang tinggal dalam kawasan pentadbiran MBS.

“Kami juga mahu menyelesaikan dengan segera isu-isu yang dibangkitkan oleh penduduk di kawasan MBS.

“Kesempatan ini juga kami gunakan untuk menyampaikan maklumat tepat kepada penduduk terutamanya peranan dan tanggung jawab MBS sebagai PBT di Seremban,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada program berkenaan di Nilai dekat sini hari ini.

Menurutnya, pelbagai jabatan dan unit dalam MBS terlibat dalam program berkenaan bagi membolehkan orang ramai berurusan secara terus.

Selain itu, katanya, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam turut mengambil bahagian dalam program itu.

“Kami turut memanggil syarikat yang bertanggung jawab dalam urusan bayaran meletak kereta yang beroperasi dalam kawasan MBS membuka kaunter dalam program hari ini,” katanya.

Masri berkata, MBS bercadang mengadakan program seumpama itu secara lebih kerap dalam usaha memberi perkhidmatan lebih baik kepada penduduk Seremban.

Sehingga kini, tambahnya, lebih 630,000 orang tinggal dalam kawasan pentadbiran MBS.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya