PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin memaklumkan mengenai komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga. Ini bagi mengelakkan pengguna terkesan dengan dengan sebarang bentuk kenaikan harga barangan yang tidak munasabah.
Selain pelbagai inisiatif di bawah Payung RAHMAH, turut diteruskan adalah peranan Kerajaan menerusi KPDN yang menetapkan Harga Runcit Maksimum bagi minyak masak tulen dalam botol bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol berkuatkuasa 8 November sehingga 7 Disember 2023 adalah untuk satu kg RM6.90, 2 kg RM13.30, 3 kg RM19.60 dan 5 kg RM30.90.
Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut iaitu individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau
dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000.
KPDN akan meneruskan pemantauan disamping turut menggalakkan pengguna agar menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi melalui saluran. – UTUSAN