Harga ayam di Kedah dijangka kekal sempena Deepavali

Harga ayam di Kedah dijangka kekal sempena Deepavali

AFFENDI Rajini Kanth (empat dari kanan) meninjau kacang dhal Australia yang tergolong dalam lapan item kawalan SHMMP Deepavali di Pasaraya Econsave Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjangkakan harga runcit ayam di Kedah kekal di bawah RM9.40 per kilogram menjelang perayaan Deepavali, hujung minggu ini.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, ianya berdasarkan maklum balas yang diperolehi daripada peniaga dan pembekal ayam mengenai bekalan sumber protein utama tersebut.

“Untuk tempoh perayaan Deepavali, KPDN telah memeriksa status bekalan dan harganya. Pada hari ini, keseluruhan bekalan di Kedah terkawal dan stabil.

“Oleh itu, dijangkakan tidak terdapat kenaikan harga mendadak semasa perayaan Deepavali kerana bekalan adalah stabil,” katanya selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali di Pasaraya Econsave Bandar Puteri Jaya, di sini hari ini.

Tambah Affendi, secara keseluruhan harga runcit ayam di semua premis di negeri ini kekal di bawah RM9.40 per kilogram selepas subsidi dan kawalan harga ayam ditarik balik sejak awal bulan ini.

“Pemeriksaan sejak 1 November di semua premis termasuk pasar awam dan pasar malam menunjukkan peniaga menjual ayam antara RM8 dan RM9 per kilogram. Kecuali Langkawi, di mana dijual pada RM9.90 per kg pada awal bulan ini. 

“Namun, semasa lawatan saya ke sana minggu lalu, beberapa peniaga menjual ayam antara RM9.40 dan RM9.50 per kilogram dan kita menghargai para peniaga, pembekal dan peternak ayam atas kerjasama mereka dengan tidak menaikkan harga,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ayam tidak disenaraikan sebagai salah satu daripada lapan item penting di bawah kawalan SHMMP untuk Deepavali iaitu kambing import bersama tulang; tomato; cili merah; kelapa biji; kelapa parut; bawang India; bawang merah import dan kacang dhal Australia.

“Setakat ini kita tidak menerima sebarang aduan atau laporan rasmi daripada pengguna mengenai kenaikan harga barang yang disenaraikan di bawah skim itu dan bekalan juga dilaporkan stabil, oleh itu kita tidak menjangkakan sebarang kenaikan harga. Namun jika ada kenaikan melebihi harga ditetapkan, pengguna perlu lapor untuk tindakan tegas. 

Sementara itu, menurut Affendi, KPDN mengadakan tujuh Jualan Rahmah Bergerak Khas sempena Deepavali di tujuh lokasi berbeza di Kedah bagi menggerakkan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Contohnya, harga ayam di cawangan Econsave dijual pada hanya RM6.59 per kilogram untuk hari ini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya