IPOH: Hanya tinggal seorang sahaja wakil negara meneruskan aksi dalam acara perseorangan Kejohanan Tenis Sanctband ITF World Tennis Tour M15 Pusingan 2 di Arena Tenis Perak di sini.
Pemain itu ialah Christian Didier Chin yang akan beraksi esok bertemu Alexey Zakharov dari Rusia.
Perlawanan itu sepatutnya dilangsungkan petang tadi tetapi tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan.
Perjalanan pemain negara yang lain menemui noktah apabila tewas kepada lawan masing-masing.
Mitsuki Leong tumpas kepada pilihan kedua kejohanan, Lee Jeamoon dari Korea 4-6, 2-6.
D. Suresh Kumar pula tumbang kepada pemain Korea yang juga pilihan keenam kejohanan, Lee Duckhee 6-1 6-3 .
Daniel Leong Prickett kecundang kepada pemain Switzerland, Luca Castelnuovo 6-2, 6-2.
Seorang lagi wakil negara, Koay Hao Sheng gagal dalam misi menjinakkam Tang Sheng dari China apabila tunduk 4-6 pada set ketiga.
Hao Sheng menang set pertama 6-3 tetapi tunduk 4-6 pada set kedua.
Kini perjuangan Malaysia hanya dalam acara beregu yang bermula esok.
Mitsuki bergandingan dengan Koay Hao Sheng; Daniel Prickett berpasangan Christian Didier dan Imran Daniel berpadu tenaga dengan Leeroy Yong. – UTUSAN