'Hang faham ke tak faham apa dia Kor Ming cakap?'

‘Hang faham ke tak faham apa dia Kor Ming cakap?’

AHMAD MARZUK SHAARY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lagi wakil rakyat Pas diarah keluar selepas mengeluarkan sangkaan jahat terhadap ahli Parlimen DAP yabg mengaitkannya dengan Islamofobia hingga mencetuskan perbalahan dalam Dewan Rakyat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng mengarahkan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang enggan menarik balik tuduhannya terhadap Ahli Parlimen Teluk Intan juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Ahmad Marzuk sebelum itu mencelah bahawa salah tanggapan berhubung Islamofobia bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat, malah melibatkan menteri dalam Kabinet.

Beliau mencelah semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar.

Ahmad Marzuk mendakwa Kor Ming salah tanggap terhadap Islam melalui hantarannya di laman sosial sebelum ini.

Katanya, sekolah bukan tempat untuk konflik, fahaman ekstremis dan keganasan dengan meletakkan gambar murid sekolah berpakaian seperti pejuang Palestin serta memegang senjata mainan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 bahawa wujud sangkaan jahat dibuat Ahmad Marzuk dan menggesa menarik balik tuduhan itu.

Ahmad Marzuk: Saya rujuk satu hantaran Kor Ming, sekolah bukan tempat untuk konflik, fahaman ekstrimisme dan keganasan.

Chuan How: Itulah sangkaan jahat. Hang faham ke tak faham apa dia (Kor Ming) cakap? Sudahlah. Apa yang dia cakap putar belit. Pengkalan Chepa cuba pesongkan Dewan taburkan fitnah.

Keadaan menjadi kecoh selama beberapa minit antara beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Kiong Yieng kemudian mengarahkan bentara supaya membawa keluar Ahmad Marzuk kerana beliau enggan berbuat demikian.

Kiong Yieng: Saya minta Pengkalan Chepa tarik balik kerana menteri pun tiada di sini.

Ahmad Marzuk: Mahu tarik balik mengapa sedangkan ada bukti. Saya tidak akan tarik balik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya