Hamzah dakwa rakyat mahu PN ambil alih kerajaan

Hamzah dakwa rakyat mahu PN ambil alih kerajaan

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa majoriti rakyat Malaysia mahu Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat.

Beliau menerangkan dengan memetik beberapa komen di media sosial, mengatakan bahawa ramai rakyat Malaysia telah mengkritik kerajaan perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana gagal menyelesaikan isu penting sehingga menjejaskan mereka.

“Kami tidak berfikir untuk mengambil alih kerajaan, tetapi dalam media sosial, orang bertanya bila kami akan mengambil alih. Itu yang sering kita lihat,” katanya pada sidang akhbar.

Terdahulu, sidang akhbar turut dihadiri oleh ahli parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, ahli parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dan ahli parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Jidin bagi menjelaskan isu soalan dalam parlimen dan kredibiliti Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul ketika Parlimen bersidang.

Hamzah juga mendakwa kerajaan sekarang berada dalam keadaan kucar-kacir dan mengalami konflik dalaman.

Jelasnya, Perdana Menteri berkata Minggu Solidariti Palestin di sekolah telah dibincangkan dan dipersetujui oleh Kabinet tetapi terdapat beberapa ahli parlimen kerajaan perpaduan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang menentangnya selepas ia dilaksanakan.

Selain itu, Hamzah juga berkata kesilapan ketara dalam unjuran hasil semakan fiskal bajet 2024 mencerminkan kekurangan ketelitian kerajaan dalam merancang

Pembangkang sebelum ini mendakwa mereka dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa unjuran RM 623 juta hasil daripada cukai tidak langsung telah disemak kepada RM 4.7 bilion.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya