Guru sebak, anak syurga buat kejutan hari lahir

Guru sebak, anak syurga buat kejutan hari lahir

TANGKAP layar menerusi perkongsian di TikTok @alauddin_yahaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang guru sebak apabila menerima kejutan hari lahir daripada murid-muridnya yang juga merupakan kanak-kanak istimewa.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik guru tersebut di TikTok @alauddin_yahaya, jelas kelihatan reaksinya yang terkejut dan sebak dengan tindakan murid-muridnya yang sanggup berlakon seperti sedang bergaduh untuk membuat kejutan sempena hari lahirnya.

Di ruangan kapsyen, Cikgu Alauddin menyatakan ucapan terima kasih kepada murid-murid yang membuat kejutan kepadanya.

“Akal anak syurga. Terima kasih,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan kemesraan dan kasih sayang yang ditunjukkan antara guru tersebut dan murid-muridnya.

“Suka tengok bila cikgu berjaya tawan hati mereka. Mereka perlakukan cikgu seperti ayah sendiri,” komen @gongkim91.

“Cikgu dikelilingi anak-anak syurga. Inya-Allah mereka akan tarik cikgu ke syurga juga,” tulis @chibimarukochan2324.

Video berkenaan tular di TikTok dan menerima 1.4 juta tontonan, 1,445 komen dan hampir 80 juta tanda suka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya