BESUT: Seorang pengusaha pusat rekreasi di Hulu Besut dekat sini mengambil inisiatif menggunakan siren pembesar suara untuk memberi amaran sekiranya berlaku kepala air kepada pengunjung kawasan tersebut. Pengarah Urusan Lata Kolam Air Deru Ecopark, Kaswadi Harun berkata, pendekatan itu dilakukan bagi memastikan keselamatan pengunjung terutama pada musim tengkujuh ini. Menurutnya, pihaknya akan mempertingkatkan aspek keselamatan di hutan lipur tersebut dengan menetapkan beberapa garis panduan tambahan untuk pengunjung berbanding hari biasa. “Ketika Musim Timur Laut (MTL) ini, kita memang memandang serius dan menekankan aspek keselamatan dengan mengambil kira berkemungkinan berlaku kejadian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya