Gangguan seksual: Keterangan mangsa sudah diambil

Gangguan seksual pegawai kanan Maritim: Keterangan mangsa sudah diambil

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan telah merakam percakapan perunding kewangan yang mendakwa menjadi mangsa ganggu seksual pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, wanita berusia lingkungan 30-an itu dirakam percakapan pada 14 November lalu ketika tampil membuat laporan polis.

Katanya, setakat ini hanya keterangan wanita berkenaan diambil manakala saksi lain masih dalam tindakan.

“Setakat pukul 2 petang tadi, hanya satu laporan polis diterima iaitu laporan daripada pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan keterangan pegawai kanan APMM akan diambil esok susulan dakwaan terhadapnya membabit kes gangguan seksual.

Razarudin dilaporkan berkata, ia akan diambil Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pukul 2.30 petang.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan akan menjalankan siasatan babit dakwaan kes gangguan seksual membabitkan seorang pegawai terbabit terhadap seorang wanita.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sebelum itu, tular paparan laporan polis oleh seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang juga perunding kewangan mendakwa pegawai terbabit mengganggunya menerusi WhatsApp sejak tahun lalu.

Berdasarkan laporan polis yang tular itu, wanita terbabit mendakwa pegawai terbabit mengganggu dengan perkongsian video dan perbualan lucah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya