Fitnah isteri PM: Siasatan polis berlandaskan undang-undang

Fitnah isteri PM: Siasatan polis berlandaskan undang-undang

SUHAILY MOHD ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :  Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kes hantaran didakwa berunsur fitnah ke atas isteri Perdana Menteri dilakukan secara profesional berlandaskan prosedur ditetapkan undang-undang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata,tiada sebarang penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan ketika menyiasat kes berkenaan. 

Justeru itu, beliau menyangkal dakwaan pihak tertentu berhubung isu kegagalan menjawab soalan pegawai penyiasat semasa rakaman percakapan diambil.

“Sebaliknya, keengganan memberi kerjasama dilihat daripada konteks kegagalan memberi maklumat berhubung capaian kepada data berkomputer sebagaimana peruntukan Seksyen 116B Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, melalui peruntukan ini, seseorang pegawai polis yang menjalankan suatu penggeledahan hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer, termasuk diberi kata capaian, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu.

“Apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman data berkomputer,”  jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kertas siasatan juga sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dan masih di peringkat kajian.

Kelmarin, Penyedia Kandungan TikTok Pro Perikatan Nasional (PN) Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali Ratu Naga dipanggil Bukit Aman.

Ia bagi membantu siasatan berhubung hantaran didakwa berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

laporan dibuat terhadap akaun Instagram berkenaan mengenai isu akaun Instagram @b.netanyahu yang memuat naik gambar bersama isteri-isteri pemimpin Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) termasuk Wan Azizah yang menghadiri minum petang bersama isteri Presiden Amerika Syarikat dan isteri Netanyahu.

Terdahulu PKR cabang Bandar Tun Razak membuat laporan polis terhadap tiga pengguna media sosial yang didakwa memuat naik hantaran berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya