Fattah Amin enggan ulas khabar angin bergandingan dengan Fazura dalam prekuel Mat Kilau - Utusan Malaysia

Fattah Amin enggan ulas khabar angin bergandingan dengan Fazura dalam prekuel Mat Kilau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fattah Amin enggan memberi kenyataan tentang desas desus kononnya dia dan isteri, Nur Fazura bakal bergandingan sebagai teraju utama dalam prekuel filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Jelas Fattah, dia menghormati kontrak justeru tidak akan sesekali membuka mulut mengenai prekuel filem tersebut.

“Saya tak boleh nak cakap kerana ia belum diumumkan penerbit. Saya pasti rakan media ada dengar desas desus tentangnya.

“Sebagai artis kami terikat kontrak dan tak boleh melangkau penerbit dengan memberi kenyataan.

“Jadi saya tak dapat nak kongsikan apa-apa selagi penerbit tak beri kenyataan,” katanya.

Terdahulu, Penerbit, Abdul Rahman Mt Dali mengesahkan pengarah, Syamsul Yusof dan dua pelakon, Adi Putra serta Beto Kusyairi tidak terlibat dalam prekuel Mat Kilau.

Kemudian pada September lalu, pengarah Areel Abu Bakar pula mencetuskan sensasi selepas mendedahkan dia telah digugurkan selaku pengarah filem berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya