Farisha Iris tidak teragak-agak saman pencuri gambar IG - Utusan Malaysia

Farisha Iris tidak teragak-agak saman pencuri gambar IG

Farisha Iris
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Farisha Iris, bengang dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyunting dan menukar gambarnya menjadi imej tidak senonoh.

Farisha, atau Farisha Asmadi, 24, mendakwa, pelaku turut mencuri gambarnya di Instagram (IG) dan menggunakan imej-imej tersebut untuk melariskan perniagaan mereka.

“Ini bukan kali pertama, malah gambar saya juga pernah disunting menjadi imej yang tidak senonoh. Sebelum ini, kalau ditegur, mereka akan padam gambar-gambar itu.

“Namun kali ini mereka degil, bukan sahaja enggan padam (gambar yang dicuri), malah ‘block’ saya di IG,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Peserta Big Stage musim ketiga itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bermoral dan melampau.

“Sekarang sudah tahun 2023, didiklah diri sendiri untuk ada common sense. Gambar orang lain tidak seharusnya digunakan untuk kepentingan peribadi.

“Saya enggan isu ini diperbesar. Namun jika sudah melampau, saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan (saman).

“Sudah-sudahlah guna gambar orang,” tegasnya.

Sebelum ini, Farisha menerusi Instastory mendedahkan tindakan seorang pengusaha tudung yang secara tanpa izin menggunakan gambarnya di IG.

Farisha bagaimanapun telah meminta ihsan followersnya untuk secara beramai-ramai melaporkan kegiatan pengusaha terbabit kepada pihak pengurusan media sosial berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya